Senarai Perdana Menteri pertama hingga keenam...



PERDANA MENTERI PERTAMA
NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903
GELARAN: Bapa Kemerdekaan
TEMPOH BERKHIDMAT: 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970

JASA Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya Pertama.


Tunku menyarankan tilawah al-Quran dijadikan acara utama negara dan Pertandingan Musabaqah al-Quran peringkat antarabangsa pertama berlangsung pada 9 Mac 1961.

Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67) yang menandakan beliau mementingkan pendidikan anak bangsanya.

Nama Tunku terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa apabila berjaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963 yang awalnya merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura.

Ada pengkritik sejarah mengatakan tindakan Tunku menyingkir Singapura daripada Malaysia selepas penyertaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum 1964 sehingga menimbulkan ketegangan kaum Melayu dan Cina, adalah satu kesilapan besar kerana ia menyebabkan Singapura nekad berpisah dari Malaysia pada 1965.

Tunku juga terkenal sebagai pemimpin yang mementingkan perpaduan, malah sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan rakyat. Namun, usahanya tidak berjaya apabila rusuhan kaum tercetus pada 13 Mei 1969.
Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Star.



PERDANA MENTERI KEDUA 
NAMA: Tun Abdul Razak Datuk Hussein

TARIKH LAHIR: 11 Mac 1922
GELARAN: Bapa Pembangunan
TEMPOH BERKHIDMAT: 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976

TUN ABDUL RAZAK mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970 ketika negara dilanda kemiskinan dan menghadapi masalah perpaduan kaum.


Menyedari ketegangan kaum berpunca daripada masalah kemiskinan orang Melayu dan perpaduan kaum yang rapuh, beliau melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara. Falsafah pembangunan DEB yang dilancarkan pada 1970 menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi.

Abdul Razak juga mewujudkan pelan pembangunan sistematik melalui Rancangan Pembangunan Malaysia selama lima tahun; bermula Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua sebagai pemangkin DEB.

Beliau mencetuskan idea penubuhan Barisan Nasional selepas menyaksikan tragedi berdarah 13 Mei 1969 dengan mengembangkan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu kepada Umno, MCA dan MIC.

Seperti Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak serius terhadap pendidikan anak Melayu dengan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara pada 1972 yang turut memberi laluan dengan kuota 10 peratus kepada pelajar kaum lain.

Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Tun Hussein Onn.


PERDANA MENTERI KETIGA 
NAMA: Tun Hussein Onn

TARIKH LAHIR: 1922
GELARAN: Bapa Perpaduan
TEMPOH BERKHIDMAT: 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981

TUN HUSSEIN mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga pada jam 9.30 pagi 5 Januari 1976, sehari selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia, dengan agenda utamanya: Meneruskan pembangunan negara.


Walaupun tempoh beliau menjadi Perdana Menteri agak pendek, tetapi Hussein dikenali sebagai pemimpin konsisten dan tidak banyak menimbulkan kontroversi.

Beliau dikenang kerana jasanya menegakkan keadilan dan kejayaannya menarik kedatangan pelabur luar yang menjadi penggerak kepada perkembangan ekonomi negara.

Hussein meletak jawatan pada 16 Julai 1981 atas sebab kesihatan dan tugasnya diambil alih Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah pada hari sama. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1990 ketika berusia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat, kerana serangan sakit jantung.



PERDANA MENTERI KEEMPAT
NAMA: Tun Dr Mahathir Mohamad 
TARIKH LAHIR: 20 Disember 1925
GELARAN: Bapa Pemodenan
TEMPOH BERKHIDMAT: 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003

TUN Dr Mahathir dilahirkan di Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Beliau Perdana Menteri paling lama dalam sejarah negara, iaitu 22 tahun.

Pemimpin yang digelar Pencetus Minda Malaysia ke arah negara maju lantang menyuarakan pelbagai pendapat inovatif yang disifatkan mendahului zamannya. Di bawah pemerintahannya, negara melalui pelbagai proses pembangunan sehingga Malaysia dikenali di dunia.

Sejarah hitam apabila Umno diisytihar sebagai parti pemerintah tidak sah berikutan rasa tidak puas hati segelintir ahli Umno pada 4 Februari 1988, memberi kesempatan kepada Dr Mahathir menyusun strategi untuk menyatupadukan ahli parti serta berjuang habis-habisan demi kemajuan negara.

Terlalu banyak sumbangan jika hendak disenaraikan kerana beliau tidak pernah jemu memperkenalkan pelbagai dasar serta projek pembangunan seperti kempen Bersih, Cekap dan Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar Kependudukan 70 Juta, Dasar Pandang Ke Timur, penswastaan dan Dasar Perindustrian Negara.

Hasrat melihat Malaysia menjadi negara maju dan mempunyai rakyat yang mampu bersaing di peringkat dunia dilahirkan melalui Wawasan 2020. Sejak itu pelbagai pembangunan dilihat, termasuk pelancaran Dasar Perindustrian Negara yang menaikkan nama negara apabila berjaya menghasilkan kenderaan nasional Proton Saga dan motosikal Kriss, selain pembinaan litar Formula 1, Transit Aliran Ringan (LRT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Cyberjaya.


PERDANA MENTERI KELIMA
NAMA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

UMUR: 64 tahun
TARIKH LAHIR: 26 November 1939
TEMPAT LAHIR: Kepala Batas, Pulau Pinang
ISTERI: Datin Seri Endon Mahmood
ANAK: Kamaluddin, Nori
KELULUSAN: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Malaya

KELMARIN, 31 Oktober 2003, rasmilah Datuk Seri Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima. Memegang tampuk pemerintahan pada usia 64 tahun, Pak Lah dilihat cukup matang dan berkaliber bagi meneruskan perjuangan ke arah negara maju.


Pak Lah yang dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 8 Januari 1999 merangkap Menteri Dalam Negeri, sebenarnya mempunyai asas politik kukuh kerana terbabit dalam pelbagai pertubuhan nasionalis sejak di universiti.

Kesetiaan Pak Lah kepada Umno tidak berbelah bagi kerana ketika Umno diisytiharkan sebagai tidak sah pada 1988 dan rakan seperjuangannya menubuhkan Semangat 46, beliau tetap teguh menyokong Dr Mahathir dalam mengembalikan kegemilangan Umno.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau menyeliakan pelaksanaan dasar KeIslaman sejajar dengan aliran semasa dan Dasar Pandang Ke Timur yang bertujuan menyemai etika kerja yang baik di kalangan tenaga kerja Malaysia.

Beliau memainkan fungsi penting dalam program Dr Mahathir, termasuk kempen Kepimpinan Melalui Teladan, Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan memperbaiki perkhidmatan kaunter agensi kerajaan, selain memperkenalkan konsep pusat sehenti untuk orang awam berurusan dengan kerajaan.

Kewibawaan Pak Lah yang memiliki Ijazah Pengajian Islam dari Universiti Malaya terserlah apabila beliau mampu menghadapi suasana genting penuh emosi di Pusat Dagangan Dunia Putra sejurus selepas Dr Mahathir mengumumkan persaraannya.

Berbekalkan pengalaman 13 tahun dalam perkhidmatan awam dan 25 tahun dalam politik, Pak Lah diyakini mampu menerajui dan meneruskan agenda pembangunan seperti diharapkan rakyat, termasuk Dr. Mahathir.


PERDANA MENTERI KEENAM
Mohd Najib bin Abdul Razak
YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai1953) merupakan Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen PekanPahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteriMalaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke 7.
KELUARGA
Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin SeriRosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Dilahirkan di Kuala LipisPahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein
PENDIDIKAN
Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. JohnKuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di WorchestershireEngland. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.
KERJAYA POLITIK
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.
Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan1981-1982- Timbalan Menteri Kewangan1982-1986- Menteri Besar Pahang1986-1987- Kementerian Belia dan Sukan (Menteri Kebudayaan, belia dan Sukan)1990-1995- Menteri Pertahanan1995-1996- Menteri Pendidikan
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.
Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.
Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO olehAnwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 19931996 dan 2000.
Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Malaysiaku Berdaulat: Tanah tumpahnya darahku


MEMANG menarik sekali tema sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-56 yang bakal disambut pada 31 Ogos ini kerana sejak kebelakangan ini rakyat amat begitu resah dengan kemelut yang melanda negara akibat terhakisnya perasaan hormat menghormati antara sesama sendiri.

Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku kena pada masanya sebagai memberi peringatan dan iktibar bahawa tiada siapa yang akan mempertahankan maruah negara kecuali rakyat Malaysia sendiri. Jika diteliti tema tersebut ia membawa maksud untuk menyemai sifat perpaduan yang berpaksikan kepada ungkapan patriotik dan kesatuan negara bangsa.

Harapannya adalah tidak berlaku lagi peristiwa di mana sambutan Hari Kemerdekaan dicemari oleh kerana perbezaan ideologi politik seperti yang telah menimpa pada tahun lepas. Terdapat segelintir kelompok masyarakat yang tidak mahu turut serta merayakan sambutan kemerdekaan kerana tidak sehaluan fahaman politik dan fenomena keengganan menyambut kemerdekaan kali ke-55 tahun lepas sudah mencapai tahap merunsingkan.

Mempertikaikan logo, tema dan lagu kemerdekaan walaupun dianggap satu isu remeh, tetapi hakikatnya adalah satu usaha untuk memperkecilkan dan seterusnya merosakkan sambutan kemerdekaan yang telah disusun pada ketika itu.

Berbeza pula dengan jiran Malaysia iaitu Singapura, suasana menyambut hari kemerdekaan ke-47 dengan sambutan perarakan dan diikuti dengan ucapan rapat umum pada tahun lepas, tidak timbul langsung isu parti pembangkang pulau tersebut yang cuba memboikot atau menjejaskan sambutan Hari Kemerdekaan mereka.

Mengambil pendekatan untuk tidak mahu turut serta dalam acara sambutan kemerdekaan akan hanya memberi modal politik yang cetek dalam jangka masa pendek. Tetapi apa yang lebih membimbangkan lagi adalah ia bakal memberi kesan kepada aspirasi negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka.

Tanah Tumpahnya Darahku membawa maksud yang begitu dalam dan penuh bermakna. Sebab itu tema sambutan kali ini boleh dirangkumi kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara yang amat begitu kritikal untuk dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia.

Patriotisme rakyat Amerika Syarikat (AS) terhadap tentera dan sejarah negara mereka sememangnya sukar ditandingi oleh rakyat negara lain. Walaupun Presiden George Bush dikritik hebat kerana polisi beliau berkeras mahu mengekalkan tentera AS di Iraq pada ketika itu, tetapi rakyat beliau tetap memberi sokongan padu kepada anggota tentera melalui peruntukkan kewangan pertahanan yang lumayan.

Begitu juga dengan semangat patriotisme selepas serangan 11 September 2001 mempamerkan bagaimana rakyat AS yang berbagai-bagai keturunan dan asal usul mampu bersatu mempertahankan kedaulatan negara mereka.

Sebab itu pada tarikh 4 Julai setiap tahun, iaitu sambutan Hari Kemerdekaan AS, rakyat mereka begitu mudah menunjukkan sikap cintakan negara dan patriotisme secara spontan di mana tidak timbul elemen paksaan untuk melakukan sesuatu.

Singapura juga diandaikan mempunyai rakyat yang mempunyai semangat patriotik yang agak tinggi. Ada pihak yang membuat telahan semangat luar biasa cintakan negara ini timbul kerana pemerintah Singapura bijak mengatur strategi seolah-olah negara mereka perlu sentiasa berwaspada. Tetapi satu hakikat yang sukar ditolak ialah pada setiap sambutan Hari Kemerdekaan yang jatuh pada 9 Ogos, rakyat Singapura bersama-sama menyertainya dengan penuh ikhlas tanpa ada unsur paksaan atau berpura-pura.

Pada hari yang mulia ini ada baiknya rakyat Malaysia tidak kira anutan agama, bangsa atau fahaman ideologi politik menilai kembali tahap patriotisme mereka atau dengan lebih mudah di mana letaknya jati diri mereka.

Ketika kemuncaknya peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini, majoriti rakyat telah mempamerkan semangat patriotik dan jati diri yang agak tinggi dengan memberi sokongan padu kepada anggota polis dan tentera yang dikatakan bersabung nyawa berhadapan dengan pengganas.

Jika sebelum ini mungkin ada segelintir yang sangsi dengan kekentalan jiwa rakyat Malaysia apabila berhadapan dengan isu yang berkait rapat dengan kemerdekaan dan kedaulatan negara, sudah pasti akan membuat tafsiran bahawa jika berdepan dengan ancaman, rakyat Malaysia akan bersatu teguh di belakang pemerintah.

Tidak dapat dihindari bahawa terdapat rakyat Malaysia yang merasa begitu selesa dengan keadaan aman pada masa sekarang sehingga langsung alpa dengan patriotisme mereka. Mungkin ada yang merasakan apa perlu menunjukkan semangat patriotik pada Bulan Kemerdekaan kerana negara bukannya berada di rantau yang penuh dengan ancaman. Lagi pun, ada yang berpendapat Hari Kemerdekaan sudah menjadi perkara lazim kerana disambut pada setiap tahun.

Jangan pula kita menjadi seperti rakyat Britain yang tidak mempunyai satu kaedah untuk mempamerkan semangat patriotisme kerana negara tersebut tidak mempunyai sambutan Hari Kemerdekaan atau pun sambutan yang selari dengan kedaulatan sesebuah negara.

Bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown menyedari akan kepincangan tersebut dan berusaha dengan keras untuk mewujudkan satu hari ala Hari Kemerdekaan. Beliau pernah memberi hujah; "Jika rakyat Perancis mempunyai Bastille Day dan rakyat Amerika pula begitu bangga dengan Independence Day, maka tiada sebab rakyat Britain tidak mempunyai mekanisme yang serupa untuk meraikan kedaulatan negara mereka".

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

merdeka raya

selamat hari kemerdekaan

Saat bermula....

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam merdeka raya dan salam 1Malaysia.
Pertama sekali, kami memanjatkan rasa syukur kehadrat ilahi kerana berjaya menghasilkan blog ini sempena meraikan Sambutan Merdeka Raya di Kolej Matrikulasi Perlis. Dengan ini, kami memulakan tugasan kami dengan lafaz bismillah....

Nama Ahli Kumpulan :
NURUL AFIQAH BT NOR AZAHAN
NURUL ASYIKIN BT MOHD SHAFIE
NOR ERRA MUNIRAH BT NORDIN
FATIN SHAHIRA BT OTHMAN
NUR IFFA' NAJIHAH BT ISMAIL
© Copyright M3T5B